Search This Blog

Monday, December 15, 2014

Lelaki bersenjata tawan tebusan dalam kafe di Sydney


ANGGOTA polis berada di luar sebuah kafe di tengah Sydney hari ini selepas beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe berkenaan. - Foto AFP
SYDNEY: Beberapa tebusan ditahan dipercayai lelaki bersenjata dalam sebuah kafe di tengah Sydney hari ini dengan bendera terpapar tulisan Arab di tepi tingkap, kata saksi dan laporan.
Polis pula berkata, mereka sedang menyiasat "insiden" berdekatan Opera House.
Martin Place yang terletak di tengah pusat perniagaan ditutup apabila polis lengkap bersenjata mengepung kafe coklat Lindt dengan rakaman televisyen menunjukkan bendera berwarna hitam dan putih dengan tulisan Arab dilekatkan di tingkap oleh pelanggan yang ketakutan.

ORANG ramai berkumpul di luar kafe. - Foto abcnews
Laporan menyebut sekurang-kurangnya 20 orang berada dalam kafe berkenaan dan sekurang-kurangnya dua lelaki bersenjata walaupun tiada maklumat daripada polis.
Polis hanya mengesahkan operasi sedang dijalankan.
Saksi berkata, mereka mendengar bunyi kuat seperti tembakan senjata.
Seorang penerbit Channel Seven, Patrick Byrne, yang pejabatnya terletak bertentangan dengan kafe itu berkata, kakitangan stesen televisyen itu menyaksikan insiden berkenaan.
"Kami meluru ke arah tingkap dan terkejut apabila melihat orang mengangkat tangan ke arah tingkap di kafe itu. Ini memang sesuatu yang luar," katanya.
Australia diletakkan dalam keadaan berja selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.
Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mereka sedang mengendalikan "insiden itu" dekat Opera House walaupun polis tidak menyebut sama ada ia ada kakitangan kejadian di kafe.
"Polis sedang bertindak balas terhadap insiden di Opera House," kata jurucakap polis New South Wales. - AFP

No comments:

Post a Comment