Search This Blog

Monday, December 15, 2014

Ibu hamil maut bertembung

KERETA yang dinaiki mangsa remuk teruk. FOTO Nur syazwana Mansor
Oleh Nur Syazwana Mansor
Sungai Petani: Seorang ibu hamil empat bulan maut manakala suami dan tiga anaknya parah selepas kereta yang dinaiki mereka merempuh dua kereta dari arah bertentangan di laluan Sungai Petani-Gurun di Taman Desa Budiman, di sini, petang tadi.
Dalam kejadian 1.15 petang, mangsa, Intan Safina Hussin, 26, yang memandu kereta berkenaan manakala suaminya, Mohd Azrul Azmi, 30, berada di tempat duduk hadapan dan tiga anaknya berusia tiga hingga lapan tahun duduk di belakang sedang dalam perjalanan pulang dari Sungai Petani ke rumah mereka di Taman Sri Utama, Gurun, dekat sini.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, pihaknya mendapati mangsa cuba memotong kenderaan yang berada di hadapannya namun gagal lalu merempuh kereta yang datang dari arah bertentangan.
"Pada masa sama, kenderaan kedua yang berada di belakang di laluan bertentangan itu juga tidak sempat menekan brek lalu merempuh bahagian belakang kereta berkenaan.
"Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala suami dan anak sulung mereka masih koma manakala dua lagi anak mereka dirawat di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), di sini, " katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 6:32 PM

No comments:

Post a Comment