Search This Blog

Monday, December 15, 2014

CEO syarikat sarung tangan getah didakwa


Oleh Nor Azura Abdul Jalil

zura_jalil@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif syarikat pengeluar sarung tangan getah terbesar di Malaysia, serta isteri dan kakak iparnya di hadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan menyampaikan maklumat sulit berkenaan harga atau nilai saham syarikat (insider trading) tujuh tahun lalu.
Bagaimanapun, Datuk Seri Thai Kim Sim yang turut dikenali sebagai Stanley Thai, 54; Datin Seri Tan Bee Geok, 53, dan Tan Bee Hong, 54, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di dua mahkamah berasingan.
Mengikut pertuduhan, Stanley yang disenaraikan antara 50 individu terkaya di Malaysia didakwa menyampaikan maklumat yang tidak boleh didapati secara umum kepada seorang wakil syarikat broker saham, Tiong Kiong Choon, 54, yang memberi kesan meterial ke atas harga atau nilai saham syarikat APL Industries Berhad.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen berasingan, Bee Hong mengaku tidak bersalah melupuskan 350,000 unit saham APL Industries Berhad yang dipegang dalam akaun Sistem Depositori Pusat ketika memiliki maklumat sulit yang memberi kesan ke atas nilai saham.
Bee Hong didakwa melakukan perbuatan itu di Bursa Malaysia Securities Berhad pada 31 Oktober 2007 mengikut Seksyen 188 (2)(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Disember 2014 @ 5:29 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/16427#sthash.SOWPGPW7.dpuf

No comments:

Post a Comment