Search This Blog

Saturday, December 6, 2014

95 minum arak buatan sendiri terlantar


Jakarta: Seramai 95 orang yang terbabit minum arak buatan sendiri masih dirawat di hospital di Sumedang, Jawa Barat.
Jurucakap polis Nyoman Yudhana berkata, seorang daripada mereka tenat.
Kelmarin, pihak berkuasa di wilayah itu mengesahkan 24 orang mati kerana meminum minuman keras berkenaan yang dijual di sebuah warung jamu.
Nyoman turut mengesahkan pihaknya sudah menahan pemilik warung berkenaan yang dikenali sebagai D dan masih memburu dua lagi yang turut terlibat menyediakan minuman itu.
Menurutnya, semua yang dirawat itu mengadu pening dan mual selepas meminum arak berkenaan yang disediakan dengan mencampurkan 96 peratus alkohol, air biasa dan bahan lain yang didakwa ginseng.
Setiap liter minuman itu dijual dengan harga Rp20,000 (RM5.60)
D ketika disoal siasat berkata, dia sudah menjual minuman keras itu sejak dua tahun lalu. - Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 5:02 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14161#sthash.FZSAr2YA.dpuf

No comments:

Post a Comment