Enam daripada penyerang juga turut terbunuh dalam serbuan berani itu yang berlaku di kem tentera yang terletak berhampiran Garisan Kawalan (LoC), yang menjadi pertikaian sempadan antara India dan Pakistan.
Sementara itu, di Tral, selatan Srinagar, sebutir bom tangan meletup sewaktu kempen pilihan raya menyebabkan seorang warga emas terkorban di sebuah stesen bas dan mencederakan beberapa yang lain. - REUTERS