Search This Blog

Saturday, December 6, 2014

11 kenderaan ditimpa dinding

Johor Bahru: Kerja pengubahsuaian di bahagian bumbung sebuah bengkel dipercayai menjadi punca dinding premis terbabit di Jalan Medan Nusa Perintis 1, Taman Nusa Perintis di Nusajaya, dekat sini, runtuh dan merosakkan 11 kenderaan, semalam.
Dinding bata terbabit dikatakan runtuh dalam kejadian kira-kira jam 1.30 petang pada ketinggian lebih 10 meter sebelum menimpa kenderaan di bengkel dan juga parkir berhampirannya.
Bata itu kemudiannya menimpa bumbung tambahan di bengkel sebelum menimpa kenderaan.
Berikutan itu, sebanyak lapan kereta, dua van dan sebuah motosikal mengalami rosak teruk dalam kejadian berkenaan.
Bagaimanapun, kejadian berkenaan tidak membabitkan sebarang kecederaan kepada pekerja di bengkel atau orang ramai di situ.
Ketua Polis Daerah Nusajaya Superintendan Noor Hashim Mohamed ketika dihubungi, di sini, semalam, mengesahkan kejadian itu.
Menurutnya, pihaknya ada menerima laporan polis mengenai kejadian itu oleh pengurus bengkel terbabit pada jam 2.30 petang di Balai Polis Gelang Patah.
Katanya, kejadian hanya membabitkan kenderaan rosak dan tidak menyebabkan sebarang kecederaan kepada orang ramai.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Disember 2014 @ 8:20 AM


KENDERAAN yang rosak setelah dihempap dinding di Taman Nusa Perintis, semalam.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/14227#sthash.HRwAdHQF.dpuf

No comments:

Post a Comment