Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Warga Indonesia cuba pecahkan kereta dicekup

KUALA LUMPUR: Polis mematahkan cubaan seorang lelaki warganegara Indonesia yang cuba memecahkan kereta pengunjung Bazaria Larut Malam Danau Kota di sini, malam semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju DSP A. Asmadi Abd Aziz berkata suspek itu ditahan oleh anggota peronda polis berikutan cuba melarikan diri sebaik terlihat anggota berkenaan pada kira-kira pukul 10.15 malam semalam.
“Semasa ditahan, suspek yang berumur lingkungan 43 tahun dipercayai sedang mencari sasaran untuk menyamun berikutan terdapat ‘palam pencucuh’ yang disyaki dijadikan alat untuk memecah cermin kereta ditemui padanya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju di sini, hari ini.
Asmadi berkata sewaktu ditahan suspek tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah dan siasatan mendapati lelaki itu telah memasuki negara ini sejak 2009 dan kini bekerja menjual durian di sekitar ibu negara.
“Polis percaya dengan tertangkapnya lelaki ini, kami dapat menyelesaikan beberapa kes samun kereta sekitar Danau Kota sebelum ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” katanya. -Bernama
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 8:26 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8008#sthash.GNdr99Yd.dpuf

No comments:

Post a Comment