Search This Blog

Thursday, November 27, 2014

Tiga maut kereta bertembung


Mercedes BENZ milik Mohd. Aminuddin yang remuk akibat bertembung dengan kereta Proton Satria.


KUALA KANGSAR – “Carilah orang muda untuk menggantikan saya, mungkin lepas ini saya sudah tiada.”
Demikian ucapan Pembantu Pengurus Kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Gerik, Pe­rak, Mohd. Aminuddin Mohd. Hashim, 57, sewaktu merasmikan program Hari Anugerah, Sekolah Agama Rakyat Chepor dekat sini Isnin lalu.
Kata-kata Mohd. Aminuddin itu membayangkan dia seolah-olah tahu ajalnya sudah dekat. Semalam, Mohd. Aminuddin yang memandu Mercedes Benz maut selepas bertembung de­ngan sebuah Proton Satria di Kilometer 69 Jalan Ipoh-Gerik.

Keadaan kereta Proton Satria yang terputus dan hangus menyebabkan pemandunya rentung di Kilometer 69, Jalan Ipoh-Gerik dekat Kampung Chuar, Kati di Kuala Kangsar semalam.


Kejadian pukul 1.10 pagi di Kampung Chuar, Kati itu turut mengorbankan penumpang Mercedes, Hanita Ariffin, 46, dan pemandu Satria iaitu seorang anggota tentera, Safani Hassan, 28, yang rentung selepas keretanya terbakar.
Dua mangsa yang cedera ialah penumpang Mercedes, Razali Yaakub dan seorang lagi yang belum dikenal pasti identitinya.
Menurut isteri Mohd. Aminuddin, Norzila Muad, 50, kali terakhir dia bertemu suaminya ialah kira-kira pukul 1 petang kelmarin semasa mangsa pulang ke rumah di Kampung Chepor untuk menunaikan solat Zuhur.
“Pada sebelah pagi, arwah sempat menghantar anak keempat, Fatima Amila yang berusia 22 tahun ke Ipoh kerana dia mahu pulang ke Politeknik Sultan Azlan Shah di Behrang, Perak dengan menaiki bas.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1127&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_02.htm#ixzz3KFBIeAML 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment