Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

Tanam anak cacat hidup-hidup


Shanxi: Seorang lelaki yang dikenali sebagai Wang ditahan di wilayah Shanxi semalam selepas dituduh mengatur pengebumian bayi perempuannya yang cacat ketika kanak-kanak itu masih lagi bernyawa.

Polis berkata, seorang penggembala menemui bayi berkenaan masih hidup dalam kotak pada 18 Oktober minggu lalu, 30 jam selepas dia ditanam oleh rakan bapanya di daerah Pinglu.

Menurut penggembala itu, dia menggali semula tanah tempat kanak-kanak itu ditanam selepas mengesyaki ada yang tidak kena.

Dalam kenyataannya kepada polis, penggembala berkenaan berkata, dia melihat kesan gali pada tanah itu pada 16 Oktober tetapi hanya menggalinya dua hari kemudian.

Wang dan seorang rakannya, Tian, yang dituduh menanam bayi itu, ditahan semalam.

Dua lagi rakan Wang, Cao dan Zheng, juga ditangkap.

Ketika disoalsiasat, Wang memberitahu polis, dia dimaklumkan mengenai kemungkinan bayinya cacat pada 24 September lalu, ketika bayi itu masih dalam kandungan isterinya.

Polis berkata, Wang meminta rakannya menanam kanak-kanak itu yang dilahirkan pada 16 Oktober tanpa cuping telinga.

Isterinya tidak mengetahui tindakannya. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 November 2014 @ 5:05 AM

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5705#sthash.xvLYZ840.dpuf

No comments:

Post a Comment