Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Suspek curi kereta kedutaan Turki dikenal pasti

Oleh Fardy Bungga 
fardy@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Polis sudah mengenal pasti identiti seorang lelaki tempatan yang disyaki terbabit dalam kes mencuri sebuah kenderaan milik pegawai kedutaan Turki pada 22 Oktober lalu.
Dalam kejadian sekitar jam 10 malam itu, kenderaan model Toyota Camry dipandu seorang pegawai kedutaan dilarikan ketika sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Jalan Ampang di sini.
Pemangku Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Deputi Superintendan A Asmadi Abdul Aziz berkata, hasil pendedahan gambar suspek dirakam kamera litar tertutup (CCTV) di stesen minyak itu membolehkan polis mengenal pasti identiti suspek.
Menurutnya, pihak polis menerima dua panggilan dan satu daripadanya memberikan maklumat positif sehingga identiti lelaki itu berjaya dikenal pasti.
€œSuspek lelaki terbabit dikenali sebagai G.Ganesan, 36. Dia diminta tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju untuk membantu siasatan.
"Saya berharap orang ramai yang mengenali lelaki itu ataupun mengetahui lokasi suspek berada supaya menyalurkan maklumat ke balai polis berhampiran,”katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 November 2014 @ 6:16 PM


GANESAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/8000#sthash.qVTWAmDW.dpuf

No comments:

Post a Comment