Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Samun kedai emas guna tukul

Oleh Mohamad Hairi Azmi Tham
Sungai Siput: Empat lelaki memakai topi keledar dan bersenjatakan tukul serta besi melarikan barangan kemas dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Besar, di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 10 pagi itu, keempat-empat suspek bertindak memecahkan cermin pameran barangan kemas sebelum melarikan beberapa barangan kemas dari kedai itu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Sungai Siput Deputi Superitendan Ernest John berkata, empat suspek berkenan dipercayai berusia lingkungan 20-an dan hanya memakai topi keledar ketika melakukan rompakan.
"Tiga suspek masuk ke dalam kedai berkenaan yang tidak mempunyai pengawal keselamatan manakala seorang daripada rakan mereka menunggu di luar.
"Dua suspek kemudiannya memecahkan cermin dalam premis dan membawa lari beberapa barang kemas dengan menaiki sebuah motosikal menghala ke arah Ipoh," katanya.
Menurutnya, polis sudah mengadakan Ops Tutup di kesemua kawasan keluar dari Sungai Siput untuk mengesan suspek.
Katanya, jumlah kerugian dialami pemilik kedai emas masih belum diketahui dan polis masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).
"Berdasarkan rakaman CCTV, salah seorang suspek memakai baju berwarna putih dan berjalur hitam di belakang.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun berkumpulan menggunakan senjata," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 November 2014 @ 6:09 PM


ANGGOTA forensik memeriksa cermin pamer barang kemas yang pecah dihentak suspek sebelum melarikan barang kemas. FOTO Mohamad Hairi Azmi Tham

No comments:

Post a Comment