Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Presiden PMUM ditahan di UMS

Oleh Junaidi Ladjana 
junaidi_ladjana@hmetro.com.my


Kota Kinbalu: Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol ditahan anggota keselamatan Universiti Malaysia Sabah (UMS) di sini, selepas memasuki universiti itu, kira-kira jam 9 malam ini.
Difahamkan, Fahmi datang ke UMS untuk memberi ceramah namun tidak mendapat sebarang kebenaran daripada UMS mahupun polis menyebabkan dia ditahan pihak keselamatan UMS.
Fahmi ditahan bersama tujuh rakan dan ditempatkan sementara di bilik keselamatan UMS manakala Ketua Polis Kota Kinabalu Asisten Komisioner M Chandra hadir di lokasi untuk memantau keadaaan.
Kira-kira 10.40 malam, Fahmi bersama enam penuntut UMS serta seorang pelajar UiTM Sabah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu untuk siasatan lanjut.
Sehingga tengah malam ini, lapan penuntut terbabit masih ditahan polis manakala keadaan di UMS dilaporkan terkawal tanpa sebarang kekecohan.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 November 2014 @ 11:04 PM


FAHMI bersama enam mahasiswa ditahan di bilik keselamatan UMS.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/7732#sthash.Gcolt2KH.dpuf

No comments:

Post a Comment