Search This Blog

Thursday, November 27, 2014

Penjara sebulan, intai wanita mandi


WARTAWAN SINAR HARIAN
26 November 2014
KUALA KRAI - Gara-gara mengintai wanita sedang mandi seorang pemuda warga Thailand dijatuhi hujuman penjara sebulan di Mahkamah Majistret Kuala Krai, semalam.

Mengikut fakta pertuduhan, tertuduh berusia 17 tahun telah pergi ke belakang rumah pengadu di Kampung Jelkis, Lata Rek kira-kira jam 12.30 pagi 1 November 2014 .

Pada masa tersebut wanita berusia 20 tahun itu sedang mandi.

Ketika itu, pengadu mendengar bunyi orang sedang berjalan ke arah tandas tersebut lalu menyuluh menerusi lubang pada tandas tetapi tidak dapat melihat orang di situ.

Secara tiba-tiba tertuduh masuk ke tandas dengan menutup kepalanya yang hanya menampakkan matanya.

Tertuduh kemudian mengangkat kain dan menunjukkan kemaluannya kepada pengadu hingga menyebabkan pengadu panik dan menolak tertuduh.

Selepas menolak tertuduh, pengadu terjatuh seterusnya tertuduh melarikan diri ke belakang tandas.

Majistret Nor Ahmeed Fahd mengarahkan tertuduh menjalani hukuman serentak dengan tarikh tangkapan pada 2 November lalu.

Pendakwaan kes dilakukan Inspektor Aizuddin Jamaludin.

Dalam pada itu, di mahkamah sama, remaja berusia 17 tahun dikenakan bon berkelakuan baik dalam tempoh dua tahun dengan RM2,000 tanpa cagaran setelah terlibat dengan kes pecah rumah.

Mengikut fakta pertuduhan, kira-kira jam 6.15 pagi 18 September lalu tertuduh telah mencuri pinggan mangkuk, kipas angin siling yang telah dileraikan, kain baju dan pelbagai jenis barang dari sebuah stor di Manek Urai. Sebahagian barang dicuri berjaya ditemui semula.

Hukuman dijatuhkan Majistret Nor Ahmeed Fahd. Hukuman dikenakan di bawah Seksyen 91(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2001.

No comments:

Post a Comment