Search This Blog

Friday, November 21, 2014

Pemilik syarikat feri karam Korea dihukum penjara 10 tahun, denda


PRESIDEN Chonghaejin Marine Co. Ltd, Kim Han-sik.
SEOUL: Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda terhadap pemilik syarikat feri Korea Selatan yang karam April lalu sehingga mengorbankan lebih 300 nyawa, kebanyakannya pelajar sekolah.
Mahkamah Daerah Gwangju dalam satu kenyataan hari ini memerintahkan Kim Han-sik, presiden Chonghaejin Marine Co. Ltd, dihukum penjara serta denda 2 million won (AS$1,800) kerana gagal mematuhi peraturan dalam penyimpanan dan membawa kargo lebih muatan sehingga menyebabkan feri karam.
Minggu lalu, mahkamah sama menjatuhi hukuman penjara antara lima hingga 36 tahun kepada 15 anak kapal feri berkenaan.
Penyelam menemui 295 mayat daripada feri yang tenggelam sebelum kerajaan menghentikan operasi mencari minggu lalu.
Sehingga kini sembilan mangsa masih gagal ditemui. - AP

No comments:

Post a Comment