Search This Blog

Monday, November 10, 2014

Lelaki terlepas hukuman gantung



ANGGOTA polis mengiringi Syainur yang terlepas hukuman gantung selepas dia dihadapkan ke Mahkamah Tinggi Alor Setar semalam.


ALOR SETAR – Seorang lelaki yang menghidap penyakit asma kronik terlepas hukuman mati selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan pilihan memiliki dadah heroin dan monoacetylmorphines seberat 21.27 gram, tahun lalu.
Tertuduh, Syainur Abdul Rahman, 40, yang bekerja sebagai pembantu kantin sekolah bagaimanapun dihukum penjara 10 tahun dan dikenakan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam bagi pertuduhan itu.
Dia sebelum ini berhadapan tuduhan mengedar dadah tersebut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Pada prosiding sama, tertuduh juga dihukum penjara dua tahun bagi pertuduhan kedua iaitu memiliki dadah methamphetamine seberat 1.84 gram.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1110&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3IcEXCaWh 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment