Search This Blog

Saturday, November 1, 2014

Lelaki Nigeria ditahan bersama 2,553 gram syabu





01/11/2014 8:03pm

GEORGE TOWN - Polis menahan seorang lelaki Nigeria bersama 2,553 gram paket syabu di sebuah kondominium di Batu Feringghi di sini.

Sumber polis berkata, suspek berumur 32 tahun itu telah diintip sejak beberapa minggu lepas sebelum sepasukan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Pulau Pinang menyerbu rumah berkenaan pada pukul 3 petang semalam.

"Lelaki berkenaan cuba melarikan diri semasa serbuan, bagaimanapun pihak polis telah mengepung kawasan tersebut.

"Hasil pemeriksaan dalam rumah berkenaan, polis menemui 50 paket dadah dipercayai syabu seberat 2,553 gram," katanya di sini hari ini.

Tambahnya, lelaki itu dipercayai masuk ke negara ini menggunakan visa pelajar. - Bernama



Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1101&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_23.htm#ixzz3Hoykgsr3
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment