Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Jumlah mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 155 orang


22 November 2014 11:30 AM
KOTA BAHARU 22 Nov. - Jumlah mangsa banjir di tiga pusat pemindahan di sini dan Pasir Puteh meningkat kepada 155 orang pagi ini berbanding 130 orang semalam.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, 96 orang ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Mulong dan 34 mangsa ditempatkan di SK Tiong di daerah ini manakala di Pasir Puteh pula, 25 orang ditempatkan di SK Wakaf Raja.
Bacaan air di Sungai Golok di Rantau Panjang pada 8 pagi ini menurun sedikit daripada paras amaran iaitu daripada 9.05 meter malam tadi kepada 8.79 meter (bahaya 9 meter).
Sungai lain masih belum mencecah paras amaran dan tiada jalan utama ditutup.
Cuaca di Kelantan pagi ini cerah dan tiada hujan.
Di KUALA TERENGGANU, keadaan banjir di Terengganu beransur pulih apabila ramai mangsa yang ditempatkan di pusat penempatan banjir dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sejak semalam kerana keadaan cuaca yang semakin baik.
Menurut portal Majlis Keselamatan Negara (MKN) Terengganu, sehingga 9 pagi ini, sebanyak 2,741 mangsa masih berada di 15 pusat pemindahan di tiga daerah berbanding 3,879 orang yang dilaporkan malam tadi.
“Sebanyak 1,138 orang dibenarkan pulang sejak petang semalam,” menurut laporan itu.
Katanya Kuala Terengganu masih merupakan kawasan paling ramai mangsa banjir dipindahkan berbanding kawasan lain iaitu melibatkan 2,350 orang daripada 591 keluarga dan ditempatkan di 10 pusat pemindahan.
Diikuti daerah Marang 303 orang (74 keluarga), ditempatkan di tiga pusat manakala di Setiu 88 mangsa (20 keluarga).
Di Setiu, mangsa banjir ditempatkan di dua pusat iaitu Surau Kampung Nyatoh (56 orang) dan Surau Pengkalan Gelap (72 orang). - BERNAMA
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/jumlah-mangsa-banjir-di-kelantan-meningkat-kepada-155-orang-1.27774#sthash.uTkgvLhR.dpuf

No comments:

Post a Comment