Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Gempa bumi 6.9 magnitud gegar timur Indonesia, tiada amaran tsunami

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud menggegar timur kepulauan Indonesia tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan, kata Agensi Penyelidikan Geologi Amerika Syarikat (USGS) hari ini.
Kedalaman gempa ialah 48 kilometer yang melanda kawasan Laut Molucca dan Sulawesi serta rantaian pulau Maluku.
"Gempa bumi kuat dirasai selama lima saat menyebabkan orang ramai berlari meninggalkan kediaman mereka," kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Alam Kebangsaan, Sutopo Purwo Nugroho.
Beliau berkata, tiada laporan mengenai kerosakan atau kematian. - AFP

No comments:

Post a Comment