Search This Blog

Saturday, November 22, 2014

Gantung diri kerana kecewa bercinta


Oleh Rudy Syareme Sheriffudin

am@hmetro.com.my
Georgetown: Mayat lelaki warga Nepal ditemui tergantung dalam bilik di Jalan Sri Bahari, di sini, 8.10 malam tadi.
Mayat lelaki berkenaan, Daya Shankar, 34, yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu ditemui dalam bilik tidur dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat ke belakang.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid, berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh pemilik kedai yang menyewakan bilik kepada mangsa sejak beberapa bulan lalu.
"Pemilik kedai itu memanggil mangsa beberapa kali, tetapi tidak terjawab menyebabkan dia memecahkan pintu bilik berkenaan untuk membuat pemeriksaan.
"Mangsa ditemui mati tergantung di dinding dengan tali dan meninggalkan sekeping nota menyatakan kecewa bercinta dan tiada unsur jenayah ditemui pada tubuh mangsa," katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 November 2014 @ 4:22 PM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/10941#sthash.h9QZBDXn.dpuf

No comments:

Post a Comment