Search This Blog

Friday, November 28, 2014

Cuaca buruk jejas 4,000 penerbangan di AS



AFP - SEKUMPULAN penumpang berehat sementara menunggu penerbangan mereka di Lapangan Terbang Antarabangsa Ronald Reagendi Washington, Amerika Syarikat kelmarin.


WASHINGTON – Lebih 4,000 penerbangan terpaksa dibatal atau ditunda kelmarin di beberapa bandar di timur laut Amerika Syarikat (AS) akibat ribut musim sejuk yang membawa hujan lebat dan salji.
Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan berkata, hujan turun di Boston, Philadelphia, New York dan Washington.
Hujan batu dan salji turut dijangka turun di bandar berkenaan menjelang cuti perayaan Hari Kesyukuran yang disambut semalam.
Ribut itu dijangka tidak meninggalkan salji tebal tetapi keadaan lalu lintas di lebuh raya di kawasan pantai barat dari Carolinas hingga ke New England dijangka terjejas teruk.
Cuaca buruk dijangka menyebabkan keadaan di lebuh raya sepanjang 80 kilometer itu bertambah buruk apabila sejumlah 46.3 juta penduduk dijangka menggunakan lebuh raya berkenaan terutama menaiki kereta.
Pada lewat kelmarin, sejumlah 671 penerbangan telah dibatalkan manakala sejumlah 3,467 lagi terpaksa ditangguhkan.
Lapangan terbang yang terjejas termasuk di Philadelphia, Newark di New Jersey dan LaGuardia di New York serta Lapangan Terbang Antarabangsa Ronald Reagan di Washington.
Syarikat United Airlines melaporkan purata penerbangan tergendala selama 90 minit di Lapangan Terbangsa Antarabangsa JFK di New York dan 190 minit di Newark dan LaGuardia. – AFP


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_02.htm#ixzz3KJGpjhQ8 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment