Search This Blog

Sunday, November 23, 2014

Bekas ketua polis dalangi pembunuhan


Mexico City: Bekas Ketua Polis Cocula ditangkap kerana bertanggungjawab menyerahkan sekumpulan penuntut maktab perguruan kepada penjenayah untuk dibunuh.
Pendakwa berkata, Cesar Nava Gonzalez ditangkap pada 16 November lalu dan dipercayai menganggotai kumpulan Guerreros Unidos.
Nava Gonzales bersembunyi sejak kehilangan 43 orang bakal guru itu itu disedari.
Peguam kepada keluarga mangsa, Vidulfo Rosales berkata, Nava Gonzales dihubungi Ketua Polis Iguala pada malam 26 September lalu untuk menangkap pelatih guru terbabit.
“Nava Gonzales mengaku membawa tahanan terbabit untuk diserahkan kepada kartel Guerrero Unidos sebelum dibunuh, dibakar dan dibuang ke dalam beberapa sungai,” katanya.
Ketua Polis Iguala masih diburu.
Kejadian berkenaan dipercayai didalangi Datuk Bandar Iguala, Jose Luis Abarca Velazquez dan isterinya, Maria de los Angeles Pineda Villa.
Penyiasat berkata, Velazquez mengarahkan polis menangkap pelatih guru itu kerana dibimbangi mengganggu ucapan Maria yang akan merasmikan majlis amal untuk kanak-kanak tempatan. - AFP
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 November 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/11025#sthash.TPGG0OvP.dpuf

No comments:

Post a Comment