Ketua Daerah Lokamasama, Maro Lamina Angbathor berkata, ekoran masalah yang dihadapi, daerah itu terpaksa dijadikan penempatan sementara pesakit, dengan ahli keluarga perlu menjaga sanak-saudara mereka yang menghidap penyakit tersebut.
“Kami tidak memiliki ambulans atau pekerja untuk menguruskan pengebumian mayat, doktor yang bertanggungjawab menguruskan mayat berada di wilayah Port Loko, tiga jam perjalanan ke ibu negara,” jelas Angbathor.
Katanya, untuk menyelesaikan segala masalah, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan dari bandar Port Loko, bagi menghantar pasukan untuk menguruskan pengkebumian kerana dibimbangi wabak akan menular jika mayat tidak dikebumikan segera.
Kesukaran untuk mendapatkan bantuan menyebabkan Angbathor terpaksa membina sendiri pusat penjagaan pesakit Ebola di daerah berkenaan, dengan dibantu oleh 30 anggota sukarela.
Angbathor berharap Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan kerajaan dapat menyegerakan bantuan kepada mereka, yang merupakan antara kawasan yang terjejas terus akibat wabak Ebola. – AFP