Search This Blog

Friday, November 28, 2014

68 anggota bomba dibuang kerja



Wan Mohd. Nor (dua dari kiri) menyampaikan buku Wira Merah kepada Pegawai Kewangan negeri, Datuk Mohd. Zin Mansor (kanan) pada majlis Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti Peringkat Zon Selatan di Seri Negeri, Ayer Keroh semalam.


MELAKA – Seramai 68 anggota dan pegawai bomba dibuang kerja dalam tempoh hampir dua tahun lalu kerana terlibat dalam pelbagai kesalahan termasuk melakukan jenayah.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim berkata, pada tahun 2013, seramai 41 kakitangannya dibuang kerja manakala sehingga tahun ini seramai 27 orang sudah diambil tindakan sama.
“Antara kesalahan membabitkan anggota dan pegawai bomba terbabit ialah terlibat dengan jenayah, dadah, tidak hadir tugas selama tujuh hari berturut-turut, memalsukan sijil cuti sakit dan membuat tuntutan palsu,” kata beliau.
Wan Mohd. Nor berkata demikian selepas majlis Penutupan Forum Pemerkasaan Integriti Zon Selatan di Dewan Seri Negeri, Ayer Keroh di sini semalam.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1128&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_03.htm#ixzz3KJHmqkXM 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment