Search This Blog

Thursday, November 27, 2014

42 GRO warga asing ditahan di Melaka

Oleh Mohd Hilmie Hussin
Melaka: Seramai 42 GRO warga Vietnam dan Kemboja ditahan dalam Ops Sayang di tiga pusat hiburan di sekitar Taman Melaka Raya di sini, malam tadi.
Operasi yang diketuai Pemangku Pengarah Jabatan Imigresen Melaka Abu Bakar Sidek Hassan bermula jam 9 malam malam dengan kekuatan 20 penguatkuasa itu turut disertai Pengarah Bahagian Penguatkuasa Jabatan Imigresen Zahari Abdul Aziz.
Dalam operasi itu, seramai 79 warga asing dan tempatan diperiksa.
"Di premis hiburan pertama, seramai 52 diperiksa dan kami menahan 42 wanita dipercayai GRO terdiri daripada 39 warga Vietnam dan tiga warga Kemboja melakukan dua kesalahan utama.
"Seramai 18 wanita Vietnam dan dua Kemboja melakukan kesalahan melanggar syarat pas permit mengikut Seksyen 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.
"Manakala 21 wanita Vietnam dan seorang Kemboja melakukan kesalahan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana masuk dan tinggal di negara ini tanpa permit yang sah," kata Zahari.
Turut ditahan di premis sama, dua lelaki masing-masing warga Bangladesh dan China dipercayai pelayan di pusat hiburan terbabit.
Kesemua yang ditahan berusia sekitar 21 hingga 35 tahun.
Zahari berkata, serbuan di dua lagi premis hiburan menyaksikan Imigresen melakukan pemeriksaan ke atas 27 GRO warga China namun kesemuanya mempunyai permit yang sah.
Namun, beliau menasihatkan pemilik premis memastikan syarat yang ditetapkan dalam permit hiburan dipatuhi.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 November 2014 @ 12:05 PM


GRO yang ditahan dalam operasi.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/12262#sthash.Mp2gSu40.dpuf

No comments:

Post a Comment