Timbalan Ketua Pengarah Imigresen Bahagian Kawalan, Datuk Sakib Kusmi berkata, operasi gempur itu dijalankan di Ringlet, Brinchang, Kampung Raja dan Kuala Terla dekat sini.
“Dalam operasi tersebut, 581 warga asing diperiksa dan 181 daripada mereka ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah,” katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE