Search This Blog

Sunday, November 23, 2014

16 wanita Vietnam ditahan dalam Ops Noda di Klang


KLANG: Seramai 16 wanita warga Vietnam yang dipercayai bekerja sebagai pelayan perhubungan pelanggan (GRO) ditahan dalam Ops Noda di sebuah pusat hiburan di Bandar Bukit Raja, di sini, awal pagi tadi.
Turut ditahan seorang lelaki tempatan dipercayai menjadi penjaga pusat hiburan berkenaan.
Jurucakap polis berkata, polis turut merampas sejumlah wang tunai dan beberapa peralatan yang digunakan di pusat hiburan itu.
Kesemua yang ditangkap kini ditahan di lokap sentral di Shah Alam manakala kes disiasat mengikut Seksyen 55B Akta Imigresen 1963; Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 dan 6(1)(c) Akta Imigresen.

No comments:

Post a Comment