Search This Blog

Sunday, November 23, 2014

15 tukang urut warga asing tanpa permit ditahan di George Town


23/11/2014 12:11pm

GEORGE TOWN - Polis menahan 15 wanita warga asing yang bekerja sebagai tukang urut dalam serbuan berasingan di Farlim dan Medan Angsana, Air Itam awal hari ini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, Operasi Bersepadu berakhir pukul 3 pagi itu mendapati wanita terbabit tidak memiliki permit untuk bekerja di negara ini selain menyalah guna pas lawatan sosial.
"Siasatan lanjut juga mendapati sebuah daripada premis iaitu di Medan Angsana beroperasi tanpa lesen," katanya.
Menurut Mior Faridalathrash, mereka yang ditahan berusia antara 23 dan 30 tahun terdiri daripada sembilan warga Thailand, Vietnam (tiga), China (dua) serta seorang warga Indonesia.
Beliau berkata, seorang wanita dan empat lelaki tempatan berusia antara 30-an
dan 40-an yang merupakan majikan warga asing itu termasuk tiga pelanggan lelaki ditahan untuk membantu siasatan. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1123&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_03.htm#ixzz3JrjP9yOO 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment