Search This Blog

Monday, November 10, 2014

1 maut, 2 cedera bas ekspres rempuh treler di Ipoh

ISNIN, 10 NOVEMBER 2014 @ 11:34 AM

 
IPOH: Seorang penumpang maut manakala dua cedera termasuk seorang parah selepas bas ekspres dinaiki 28 penumpang itu terbabit kemalangan dengan sebuah treler di Kilometer 246.9 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, awal pagi tadi.

Dalam kejadian jam 2.39 pagi itu, Zaiton Mohd Shariff, 59, maut di tempat kejadian manakala penumpang, Mohd Sukairi Wan Mustapha, 39, patah kaki kanan dan Mohamad Taufiq Osman, 23, cedera di bahagian buku lali.

Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superintendan Wan Sharuddin Wan Omar, berkata siasatan awal mendapati bas dalam perjalanan dari Perlis ke Putrajaya itu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar penghadang besi di tepi lebuh raya sebelum melanggar belakang treler terbabit.

Katanya, mayat mangsa yang maut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk bedah siasat manakala dua mangsa yang cedera dibawa ke HRPB untuk menerima rawatan.

"Mangsa yang lain termasuk pemandu bas tidak mengalami kecederaan dan pemandu bas itu kini ditahan untuk siasatan lanjut. Kes disiasat mengikut seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan(APJ) 1987," katanya.

No comments:

Post a Comment