Search This Blog

Friday, October 17, 2014

Tok Hwa berani dedah muka


SENSASI... Tok Hwa hanya memakai cermin mata hitam semasa dia berada di luar mahkamah.


BALIK PULAU – Seorang wanita yang terlibat dalam penganjuran pesta bogel di Pantai Teluk Kampi, Taman Negara Teluk Bahang di sini pada 30 Mei lalu berani mendedahkan mukanya dengan hanya memakai cermin mata hitam di Mahkamah Majistret Balik Pulau di sini semalam.
Wanita tersebut, Chew Tok Hwa, 57, yang memakai baju berlengan panjang dan seluar panjang hitam berjalan keluar tanpa menutup mukanya selepas dia menghadiri sebutan semula kes pesta bogel itu yang berakhir pada pukul 9.30 pagi.
Namun, sebelum Tok Hwa keluar, dia dan tiga lagi rakan tertuduhnya yang terdiri daripada dua wanita dan seorang lelaki sanggup menunggu lebih dua jam di dalam galeri awam di mahkamah berkenaan selepas sebutan semula kes tersebut berakhir di komplek berkenaan bagi mengelak wajah mereka dirakamkan oleh jurugambar.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1017&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz3GM3BYcTt 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment