Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Tersangkut pada akar pokok

Sungai Petani: Sangkaan suami isterinya ke surau untuk solat Subuh, kelmarin, meleset apabila wanita itu ditemui lemas dalam Sungai Muda berhampiran Kampung Pantai Chicar, dekat sini, semalam.
Mayat Siti Hajar Abu Bakar, 48, guru sebuah sekolah menengah di sini, ditemui pada jam 4.07 petang oleh pasukan penyelamat tersangkut pada akar pokok 1.5 kilometer dari Jambatan Sungai Muda, Jalan Kuala Ketil, di sini, tempat dia dilaporkan terjatuh.
Suaminya, Pozi Abdul Latiff, 50-an, berkata sebaik terjaga daripada tidur jam 5.50 pagi kelmarin, dia menyedari isterinya tiada dan menganggap isterinya ke surau di kawasan perumahan mereka berikutan kereta Perodua Viva miliknya juga tiada.
Menurutnya, dia tidak mengesyaki kejadian buruk berikutan telefon bimbit dan barangan peribadi isteri masih berada di rumah.
“Sebaik selesai solat Subuh, saya tidak sedap hati apabila isteri belum pulang selepas sejam lalu mengambil keputusan mencarinya di kawasan perumahan kami.
“Saya teringat untuk ke Sungai Muda yang pernah dikunjungi isteri kerana dia ada menyebut mahu ke sungai berkenaan dengan mendakwa seperti ada sesuatu memanggilnya,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:11 AM


Pasukan penyelamat mengangkat jenazah Siti Hajar (gambar kecil) yang ditemui lemas di Sungai Muda.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5556#sthash.NChcCBwh.dpuf

No comments:

Post a Comment