Search This Blog

Friday, October 17, 2014

Struktur bumbung surau runtuh dua kali

Oleh Mohd Hasbi Sidek
Shah Alam: Sebahagian struktur bumbung surau Annur, Seksyen 20, di sini, runtuh dalam dua kejadian berasingan kira-kira jam 3 petang dan 7 malam tadi.
Dalam kejadian pertama, sambungan tambahan bumbung surau berkenaan tiba-tiba runtuh namun ketika kejadian tiada jemaah yang berada di surau berkenaan.
Kira-kira empat jam kemudian, struktur sambungan konkrit bumbung berkenaan pula runtuh ketika jemaah surau berkenaan sedang bersiap untuk menunaikan solat magrib.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada alang bumbung berkenaan tidak mampu untuk menampung berat selepas diubah suai September lalu namun tiada kecederaan dilaporkan.
Pihak bomba Shah Alam ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu dan kini siasatan lanjut sedang dijalankan di tempat kejadian.
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 16 Oktober 2014 @ 10:16 PM


SEBAHAGIAN struktur bumbung yang runtuh.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/2278#sthash.iJA9x7nG.dpuf

No comments:

Post a Comment