Search This Blog

Monday, October 20, 2014

Rentung meluru masuk rumah



Ipoh: “Saya nampak dia mundar-mandir di halaman rumah sebelum meluru masuk ketika api marak. Selepas itu saya tidak melihat kelibatnya sehingga dimaklumkan mangsa ditemui mati oleh anggota bomba,” kata Chong Lam Chow jiran kepada Thoo Nyuk Min, yang maut dalam kebakaran membabitkan tiga rumah di Kampung Baru Bukit Merah Lahat, Pasir Puteh, di sini, pagi semalam.

Mayat Nyuk Min, 64, ditemui terbaring di ruang tamu berhampiran pintu masuk bahagian depan rumah terbabit oleh anggota bomba jam 7.25 pagi, semalam.

Lam Chow, 52, berkata, kebakaran itu disedarinya jam 4 pagi dan dia nampak mangsa berkeliaran di depan rumah sebelum hilang.

“Mangsa tinggal seorang diri di rumah pusaka peninggalan keluarganya. Difahamkan dia mempunyai masalah tekanan jiwa oleh doktor yang merawatnya dua minggu lalu.

“Dia mempunyai isteri dan dua anak yang tinggal di Menglembu tetapi lebih suka menetap di sini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurutnya, dia bersimpati dengan nasib yang menimpa mangsa.

Sementara itu, Ketua Operasi Pegawai Kanan Penguasa Bomba Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh Zainasrie Zainal berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian jam 4.34 pagi sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 20 Oktober 2014 @ 5:11 AM


KEBAKARAN membabitkan tiga buah rumah.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3039#sthash.vCDndYlc.dpuf

No comments:

Post a Comment