Search This Blog

Tuesday, October 21, 2014

Polis tahan individu rampas dadah bernilai RM61,000


21/10/2014 8:21pm

TELUK INTAN - Polis menahan seorang lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah seberat lebih satu kilogram bernilai RM61,000 di sebuah kebun kelapa sawit di Hutan Melintang dekat sini, petang semalam.
Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, dalam serbuan pada pukul 2.45 petang itu oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Hilir Perak polis menahan suspek berusia 37 tahun yang sedang duduk di atas motosikal dalam keadaan mencurigakan.
Beliau berkata, suspek cuba melarikan diri ketika polis sedang melakukan pemeriksaan namun berjaya ditahan.
"Semasa pemeriksaan ke atas suspek yang bekerja sebagai buruh di kebun kelapa sawit tersebut, polis menemui 12 paket lutsinar mengandungi dadah jenis heroin seberat 1.04 kilogram dan lapan paket lutisnar mengandungi dadah jenis syabu seberat 56 gram," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata, berkata suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan direman selama tujuh hari sehingga 27 Oktober ini. - Bernama


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_24.htm#ixzz3Gn02Vp2I 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment