Search This Blog

Tuesday, October 21, 2014

Polis pintas bungkusan syabu RM4j



NOOR RASHID (tengah) menunjukkan sebahagian dadah yang dihantar melalui kargo udara yang dipintas oleh polis pada sidang akhbar di Bukit Aman, Kuala Lumpur semalam.


KUALA LUMPUR – Polis menggagalkan cubaan menyeludup dadah jenis syabu bernilai RM4 juta oleh sebuah sindiket pengedaran dadah antarabangsa didalangi warga Nigeria selepas berjaya memintas satu kiriman kargo udara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang dekat sini kelmarin.
Operasi yang dijalankan Pasukan Khas Taktikal dan Risikan Narkotik (Sting) dengan bantuan Unit Anjing Pengesan (K9) berjaya membongkar taktik tersebut yang kini tidak lagi menggunakan khidmat keldai dadah bagi membawa masuk dadah ke negara ini.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1021&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_04.htm#ixzz3GidI6Jfc 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment