Search This Blog

Thursday, October 2, 2014

Nota terakhir dalam poket mayat


WARTAWAN SINAR HARIAN
2 Oktober 2014


KUALA LUMPUR – ‘Minta maaf menyusahkan,’ Itu adalah nota terakhir yang ditemui polis dalam dompet selepas mayat seorang lelaki ditemui dalam sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah rumah di Jalan Ipoh, semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner R Munusamy berkata, kejadian kira-kira jam 5 pagi itu disedari ahli keluarga mangsa.

“Mangsa berusia 38 tahun itu, kemudian dibawa ke hospital berhampiran, sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, hasil rakaman percakapan ahli keluarga mangsa mendakwa menjumpai  saluran getah yang disambung dari ekzos ke dalam kereta yang dinaiki mangsa.

“Mangsa yang juga tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dipercayai menghadapi masalah kewangan, siasatan awal tiada unsur jenayah. Mayat dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat, kes disiasat diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.

No comments:

Post a Comment