Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Mayat ditemui terapung di sungai Seremban

JUMAAT, 31 OKTOBER 2014 @ 5:57 PM

 
SEREMBAN: Mayat seorang lelaki ditemui terapung bersama longgokan sampah di permukaan Sungai Rantau di Kampung Seliau Hilir, Rantau di sini, tengah hari tadi.

Pegawai Operasi dari Bomba dan Penyelamat Senawang, Ariffin Isa, berkata mayat itu ditemui kira-kira jam 1.14 tengah hari.

"Mayat tersebut didapati telah kembung dan kulitnya mengelupas. Identiti mayat tidak dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang bukti pengenalan diri ditemui pada mayat itu," katanya.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar untuk dibedah siasat.


- BERNAMA

No comments:

Post a Comment