Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Maruah bukan untuk dijual beli


Kuala Lumpur: “Duit tidak boleh beli maruah dan integriti saya sebagai anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM),” ujar Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras, Asisten Superintendan Nik Ezanee Mohd Faisal yang pernah menolak rasuah membabitkan nilai suapan ratusan ribu ringgit.
Terbaru, beliau menolak pemberian rasuah RM70,000 yang cuba disogok seorang wanita warga Thailand sebagai imbuhan bagi membebaskan kekasihnya warga Nigeria pada Isnin lalu.
Beliau berkata, rata-rata pengedar dadah yang ditahan cuba menawarkan wang sogokan sejurus selepas ditahan polis. 

Namun, dia tidak berkompromi apabila pernah menyerahkan empat suspek yang cuba menyogoknya ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sepanjang tempoh berkhidmat sejak 2005.
Foto
EZANEE memasukkan wang tunai dan barangan yang dirampas dalam kes dadah dan cubaan merasuah polis.

“Saya kali pertama cuba ditawarkan wang sogokan ketika menjawat jawatan sebagai pegawai penyiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seremban.

“Seorang kenalan suspek lelaki datang ke bilik saya dan menyerahkan wang tunai yang dimasukkan dalam sampul surat. Saya bagaimanapun menolak lelaki itu keluar dari bilik dan membuang sampul surat berisi wang itu,” katanya. 

Beliau yang juga pemegang Ijazah Sarjana Muda dan Sarjana dalam bidang perniagaan dari Universiti Johnson dan Wales, Amerika Syarikat memberitahu turut pernah ditawarkan sogokan wang tunai dalam jumlah besar pada 2008. 


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment