Search This Blog

Friday, October 24, 2014

Lelaki tak serik kena penjara ditahan edar dadah


WARTAWAN SINAR HARIAN
24 Oktober 2014


KUANTAN - Seorang lelaki yang baru bebas daripada hukuman penjara Julai lalu ternyata tidak serik apabila ditahan polis bersama beberapa peket dadah dalam satu serbuan di Sungai Karang Darat, petang kelmarin.

Dalam serbuan di rumah sewa suspek kira-kira jam 2 petang itu, pihak polis berjaya menemui dua peket dadah jenis methamphetamine seberat 75 gram dan lima peket pil kuda seberat 98 gram.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, pihak polis menemui kesemua dadah tersebut di dalam beg silang suspek dalam bilik di rumah berkenaan.

Menurutnya, lelaki berusia 27 tahun itu dipercayai menyewa rumah terbabit sejak sebulan lalu iaitu selepas dibebaskan dari penjara.

“Selain dadah, polis turut menyita sebuah kereta jenis Perodua Myvi yang bernilai kira-kira RM30,000.

“Sebelum ini suspek dihukum penjara atas kesalahan di bawah Seksyen 39 (A) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya.

No comments:

Post a Comment