Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Empat terbunuh pesawat terhempas di lapangan terbang Kansas

KEPULAN asap kelihatan dari Lapangan Terbang Kansas sejurus pesawat kecil terhempas mengakibatkan empat orang terbunuh dan lima lagi cedera. - Foto REUTERS
KEPULAN asap kelihatan dari Lapangan Terbang Kansas sejurus pesawat kecil terhempas mengakibatkan empat orang terbunuh dan lima lagi cedera. - Foto AP
JUMAAT, 31 OKTOBER 2014 @ 9:03 AM
WICHITA (Kansas): Sebuah pesawat kecil yang kehilangan kuasa enjin selepas berlepas, terhempas di bangunan latihan penerbangan ketika cuba kembali ke lapangan terbang Kansas, mengakibatkan empat terbunuh dan lima cedera.
Nahas itu juga mencetuskan kebakaran dengan kepulan asap hitamnya dapat dilihat sejauh beberapa kilometer di sekitar Wichita.
Tiga mangsa yang maut berada di dalam simulator penerbangan di dalam bangunan ketika pesawat itu terhempas di Lapangan Terbang Mid-Continent di bandar raya ini.
Ketua Bomba Wichita, Ronald Blackwell, berkata mangsa keempat yang maut dijumpai di atas bumbung bangunan, dipercayai juruterbang pesawat.
Blackwell berkata, daripada lima yang cedera seorang kini berada dalam keadaan kritikal di hospital.
Pegawai berkata hanya seorang saja berada di dalam pesawat terbabit dan mangsa lain berada di dalam bangunan latihan penerbangan.
Setakat ini identiti mangsa tidak dikeluarkan lagi.
Jurucakap syarikat penerbangan, Steve Phillips berkata pesawat dikenal pasti sebagai 'Beechcraft King Air' yang mempunyai dua enjin, terhempas di bangunan yang digunakan oleh 'FlightSafety International' untuk melatih juruterbang pesawat Cessna.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata, pesawat terbabit kehilangan kuasa enjin dan cuba kembali semula ke lapangan terbang.
"Tapi nampaknya ia terhempas di atas bangunan dan mencetuskan kebakaran yang amat teruk," kata Blackwell.
Timbalan Ketua Polis Wichita, John Speer berkata, nahas itu bukan perbuatan disengajakan dan ia satu kemalangan. - AP

No comments:

Post a Comment