Sidronio Casarrubias didakwa terlibat secara langsung terhadap kehilangan 43 pelajar di Guerrero, awal bulan ini.
Sidronio Casarrubias didakwa terlibat secara langsung terhadap kehilangan 43 pelajar di Guerrero, awal bulan ini.
ACAPULCO - Pihak berkuasa Mexico mengumumkan penangkapan ketua geng dadah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 43 pelajar, awal bulan ini.

Ketua peguam, Jesus Murillo Karam berkata penangkapan Sidronio Casarrubias dijangka bakal membuka lembaran baharu dalam siasatan kes berkenaan.

Menurut laporan AFP, pengumuman itu dibuat beberapa jam selepas beribu-ribu penunjuk perasaan menutup lebuh raya ke Acapulco di selatan Mexico bagi mendesak pihak berkuasa mencari 43 pelajar yang hilang sejak tiga minggu lalu.

Tiga hari lalu, seorang ketua geng dadah Guerrrro Unidos, Banjamin Mondragon bertindak membunuh diri selepas dikepung polis di wilayah Morelos.

Mondragon dikatakan terlibat secara langsung dalam penculikan pelajar dari kolej latihan guru berhampiran Chilpancingo itu.