Search This Blog

Friday, October 3, 2014

Curi daging RM3,900


Croton (New York): Seorang kakitangan sebuah pasar raya di sini ditangkap kerana didakwa mencuri daging bernilai AS$1,200 (RM3,900) dengan menyembunyikannya di dalam seluarnya.

Jurucakap polis semalam berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian berkenaan Selasa lalu dan bertindak menahan Gregory Rodriguez sehari selepas itu.


Menurut jurucakap berkenaan, kecurian dilakukan dalam masa sehari tetapi pihak polis tidak dapat memastikan sama ada Rodriguez berulang kali keluar masuk untuk mencuri daging berkenaan.



Lelaki itu yang kini ditahan di penjara akan dihadapkan ke mahkamah hari ini. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : 2014/10/03

No comments:

Post a Comment