Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Bingung punca lelaki dipancung


Manila: Polis masih bingung mencari motif pembunuhan seorang petani yang dipancung di Sominot, Zamboanga del Sur, malam kelmarin.
Polis berkata, Jorge Mendoza Calibjo, 41, dipancung kira-kira 700 meter sebelum sampai ke rumahnya.
Jurucakap polis berkata, mangsa sedang berjalan apabila diserang individu tidak dikenali kira-kira jam 8.30 malam.
“Motif pembunuhan masih belum diketahui, tetapi Calibjo ditikam berkali-kali sebelum lehernya dipancung,” katanya. 
- Agensi
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:08 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5517#sthash.llWeSYDq.dpuf

No comments:

Post a Comment