Search This Blog

Friday, October 31, 2014

Bebas buat kali kedua


lOleh Hadzlihady Hassan

hadzlihady@hmetro.com.my
Georgetown: Linangan air mata mengiringi pembebasan seorang wanita yang sedang hamil tujuh bulan selepas Mahkamah Tinggi di sini, semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh bayi yang baru dilahirkannya pada Disember 2009.
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah terhadap tertuduh, Nurul Syuhada Shamsudin, 24, yang juga bekas pekerja kilang.
Sejurus keputusan dibaca, Nurul Syuhada dilihat tidak dapat menahan sebak dan meluru memeluk ahli keluarganya yang berada dalam kamar mahkamah.
Hakim Zamani berkata, selepas meneliti keterangan pihak pembela dan pendakwa, beliau mendapati versi tertuduh iaitu bayi berkenaan sudah mati sebelum dikeluarkan daripada faraj lebih benar.
“Oleh itu, tidak ada kesalahan membunuh dan saya berpendapat pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
“Sehubungan itu, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes di luar keraguan munasabah dan saya dengan ini memerintahkan tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Tertuduh yang berasal dari Parit Buntar, Perak, didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh bayi yang baru dilahirkannya antara jam 3 hingga 7 pagi pada 31 Disember 2009 dalam tandas perempuan kilang Jabil Circuit, Bayan Lepas, di sini.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 31 Oktober 2014 @ 5:03 AM
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/5463#sthash.mozhI9pX.dpuf

No comments:

Post a Comment