Search This Blog

Thursday, October 16, 2014

14 bakal militan IS ditahan



SEBAHAGIAN daripada 14 individu yang dipercayai merancang menyertai IS ditahan polis di sebuah restoran di Shah Alam kelmarin.


KUALA LUMPUR – Persiapan 14 rakyat Malaysia termasuk seorang pelajar tingkatan dua untuk berlepas ke Turki dipercayai bagi menyertai kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq terbantut apabila diberkas dalam tiga serbuan di Damansara Utama dan Shah Alam, Selangor kelmarin.
Dalam salah satu serbuan pukul 10 malam kelmarin, polis daripada Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman menahan sebahagian ahli kumpulan terbabit di sebuah restoran di Shah Alam.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penahanan dibuat selepas pihak polis mengenal pasti dan memantau rapi pergerakan serta aktiviti kumpulan terbabit selama hampir dua bulan.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1016&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_08.htm#ixzz3GGHunhTR 
Hakcipta terpelihara 

No comments:

Post a Comment