Search This Blog

Monday, October 20, 2014

14 Anggota Penguatkuasa Bakal Didakwa Pada Isnin


Diterbitkan: Isnin, 20 Oktober 2014 12:05 AM

PETALING JAYA: Seramai 14 anggota penguatkuasa akan didakwa pada Isnin kerana terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa.

Daripada jumlah itu, lapan anggota penguatkuasa termasuk seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri, seorang penguatkuasa Majlis Perbandaran Seberang Perai dan enam anggota polis akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth, Pulau Pinang.

Mereka akan didakwa kerana kesalahan melindungi pengusaha VCD dan DVD haram.

Manakala enam lagi anggota yang akan didakwa merupakan pegawai dari Jabatan Kastam Diraja Malaysa (JKDM) kerana terlibat dengan kegiatan penyeludupan minuman keras tanpa duti dan cukai kastam.

Dua daripadanya akan di dakwa di Mahkamah Sesyen Jalan Duta dan selebihnya di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Sehingga kini seramai 25 pegawai JKDM telah didakwa di Mahkamah Sesyen Khas Rasuah Shah Alam, Kuala Lumpur dan Ipoh secara berperingkat berkaitan dengan aktiviti tersebut.

No comments:

Post a Comment