Search This Blog

Friday, September 5, 2014

Remaja perempuan hilang sejak 29 hari lalu

KHAMIS, 4 SEPTEMBER 2014 @ 3:01 PM

 
DUNGUN: Seorang remaja perempuan berumur 13 tahun dilaporkan hilang sejak 29 hari lalu.

Remaja itu, Nur Athyrah Izzaty Nordin dikatakan keluar dari rumahnya sejak 6 Ogos lalu untuk bertemu kawan-kawannya di taman permainan dekat Arena Merdeka, Jalan Nibong, di sini.

"Namun apabila kakaknya datang untuk menjemputnya semula, dia bersama rakan-rakannya tidak lagi berada di situ," kata ibunya Syarifah Fauziah Syed Mahmud, 34.

Laporan sudah dibuat berikutan kehilangan pelajar Sekolah Menengah Sultan Omar ini.



Orang ramai yang tahu di mana remaja ini berada diminta supaya menghubungi Syarifah Fauziah di talian 014-5148014. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment