Search This Blog

Thursday, September 11, 2014

Remaja, anggota polis dituduh culik


11 September 2014

KUALA LUMPUR - Enam lelaki termasuk seorang remaja dan seorang anggota polis hari ini didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas tuduhan menculik seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi mendapatkan wang tebusan berjumlah RM790,000.

Tertuduh ialah remaja, 17, Koperal Muhammad Al-Mubarak Zulkifli, 33, penarik kereta, Rizal Affandi Shafiee, 35; bekas anggota tentera Mohamad Nordin Senapi, 35; Lee Han Keat, 38 serta H. Ravinder Jeet Singh, 41.

Tiada sebarang pengakuan direkodkan dan tertuduh hanya menganggukkan kepala ketika pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Kesemua tertuduh didakwa bersama-sama beberapa individu yang masih bebas, menculik ahli perniagaan berusia 33 tahun itu di Jalan 2 Off Jalan Chan Sow Lin, Salak Selatan, di sini pada 6.17 petang, 26 Jun lepas.

Bagi kesalahan itu mereka didakwa mengikut Seksyen 3 Akta Penculikan 1961 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori atau penjara seumur hidup, jika sabit kesalahan.

Erry Shahriman menetapkan 21 Oktober untuk sebutan kes.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Nor Diana Nor Azwa manakala remaja tersebut diwakili peguam Eg Koa Chee, peguam Siti Amalina Putri Ismail mewakili Muhammad Al-Mubarak.

Rizal Affandi pula diwakili peguam Shah Rizal Abdul Manan dan Mohamad Nordin diwakili peguam Ahmad Shuib Ismail Sham serta peguam Jayarubbiny mewakili Lee.

Hanya Ravinder masih belum melantik peguam. - Bernama

No comments:

Post a Comment