Search This Blog

Wednesday, September 10, 2014

Pekerja ladang mati ditetak


Kinabatangan: Seorang pekerja ladang ditemui mati dalam keadaan mengerikan dengan kesan tetakan sedalam lima sentimeter di leher, dipercayai ditetak menggunakan parang panjang dalam kejadian di Ladang Syarimo 3, dekat sini, awal pagi, semalam.

Dalam kejadian jam 12.40 tengah malam, mangsa, Roben Dales, 21, ditemui berlumuran darah oleh rakan sekerjanya selepas curiga melihat seorang lelaki keluar dari rumah mangsa dalam keadaan tergesa-gesa sambil membawa parang.


Menurut saksi yang enggan dikenali, sebelum kejadian, dia terdengar suara pertengkaran di rumah mangsa sebelum melihat seorang lelaki melarikan diri ke arah ladang kelapa sawit.



Pada masa sama, saksi berkenaan melihat lelaki terbabit turut membawa senjata tajam, dipercayai parang.


Curiga dengan kejadian itu, saksi yang juga jiran mangsa terus melakukan pemeriksaan di rumah mangsa dan terkejut menemui mangsa terbaring berlumuran darah dengan kesan tetakan di leher.


Selepas kejadian itu, jiran mangsa kemudian melaporkan kejadian itu kepada majikannya sebelum menghubungi polis.

Difahamkan, mangsa dikatakan menetap bersama seorang lelaki berusia 37 tahun sejak setahun lalu dan dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan.


Ketua Polis Daerah Kinabatangan Superintendan A Sahak Rahmat ketika dihubungi, mengesahkan kejadian itu dan tidak menolak kemungkinan kejadian terbabit disebabkan salah faham.

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/10

No comments:

Post a Comment