Search This Blog

Friday, September 19, 2014

Paha dibelah kipas bot


Kuantan: Seorang anggota bomba cedera di paha kiri terkena kipas enjin bot yang dipukul ombak setinggi satu meter ketika menyertai operasi mencari mangsa lemas Muhammad Aiman Abdul Khalib, 19, di Pantai Cherating, dekat sini, kelmarin.
Bagaimanapun, Mohd Sufian Mustaffa dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dilaporkan stabil dan kini dirawat di Hospital Kemaman.
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang Morni Mamat berkata, ketika kejadian jam 11 pagi, mangsa yang berasal dari Kemaman bersama tiga anggota lain menaiki bot penyelamat dalam perjalanan menuju ke pantai.

Katanya, ketika bot berada kira-kira 600 meter dari pantai, ombak kuat menyebabkan bot berkenaan hampir terbalik menyebabkan dua anggota termasuk mangsa tercampak ke laut.
Foto
MOHD Sufian yang cedera dikejarkan ke Hospital Kemaman.

“Mangsa kemudian mengalami luka akibat terkena kipas enjin bot. Bot Pasukan Polis Marin (PPM) yang menyertai operasi sama segera dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum mangsa dihantar ke Hospital Kemaman untuk rawatan.


Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

No comments:

Post a Comment