Search This Blog

Friday, September 19, 2014

Mayat bayi tersangkut celah batu


Oleh Wan Asrudi Wan Hasan
Gerik: Seorang lelaki Orang Asli tergamam apabila menemui mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat di dasar sungai di Kampung Sungai Sah, Penempatan Orang Asli Pos Kemar, Tasik Banding, di sini, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 2.25 petang itu, Orang Asli berusia 40-an kemudian memaklumkan kepada polis berhubung kejadian.


Ketua Polis Daerah Gerik Superintendan Abd Manab Baharom berkata, siasatan awal mendapati bayi berkenaan yang berusia kurang seminggu ditemui tersangkut pada batu di tebing sungai berkenaan.

“Mayat bayi itu dipercayai dibuang di tempat lain sebelum tersangkut di celah batu di kawasan sungai itu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.


Abd Manab berkata, mayat dibawa ke Hospital Gerik untuk bedah siasat dan dipercayai mati 10 jam sebelum ditemui.


Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.

“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi talian hotline di 05-7912222 atau mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya

Artikel ini disiarkan pada : 2014/09/19

No comments:

Post a Comment